Ketumbar
Monday, 22 October 2012
Add Comment
Ketumbar adalah pokok herba daripada
keluarga parsley. Daunnya mempunyai rasa berempah dan enak dimasak sebagai ramuan di dalam sup
daging. Anda boleh tanam sendiri menggunakan biji ketumbar.
Cara Menanam
Semai biji ke dalam tanah
atau ke dalam pasu/bekas, sedalam 1.5 hingga 3cm. Jika ditanam atas
tanah, jarakkan kira-kira 15 cm (6 inci). Biji akan tumbuh dalam masa 2
hari. Apabila tumbuh, siram selalu untuk mengelakkan tumbuhan dari
berbunga ketika pokok masih muda (bolting) tetapi jangan sampai tanah
berair kerana ini boleh menyebabkan akar reput. Jika berbunga (bolting)
saiz daun yang dihasilkan kecil.
Jika anda biarkan tanpa
memotong, pokok akan tumbuh sehingga hampir 1 meter tinggi dengan bunga yang berwarna
putih.
Menuai
Potong daun bahagian bawah dan biarkan pokok terus tumbuh. Anda juga
boleh cabut seluruh pokok jika tidak mahu biarkan pokok terus tumbuh.
Bahagian akar juga boleh dimakan. Sekiranya pokok berbunga, petik biji
sebelum ia luruh ke tanah.
Pokok ketumbar, daun, batang, akar dan biji enak dimasak dalam sup dan makanan berempah.
Tanamsendiri.com
0 Response to "Ketumbar"
Post a comment